KOHIJRAH Selangor turut melaksanakan program agihan bakul makanan sebagai inisiatif membantu golongan yang memerlukan, khususnya keluarga B40, asnaf dan komuniti yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Sumbangan ini mengandungi barangan keperluan asas bagi meringankan beban penerima, di samping mencerminkan komitmen KOHIJRAH dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyokong agenda kesejahteraan rakyat Selangor.